? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

I made this widget at MyFlashFetish.com.

~violet_ziphora~

Monday, August 24, 2009

~keletihan d bulan puasa... hee

Assalamualaikum...

sedar tak sedar dah hari keempat kita berpuasa kan..letih tuh ade lah sket.2 pun sebab ulang alik ke kelas kan... jalan kaki lak tuh... lapar tak jugak sebab pagi sahur tuh dah melantaq bukan main lagi... hehe.. tak tahu nape sem nih puasa kat hostel rajin pulak bangun sahur... mungkin sebab ade kakak bilik yg rajin kejut bangun sahur... he.. paling tak pun minum air.. letih nyer tuh sampai tak tersempat nak jenguk2 blog nih... ape kan daye..

tp puasa kali nih,,,Alhamdulillah... byk yg merubah mar.. tp rindulah suasana berbuka dan bersahur di rumah... tak sama macam kat hostel nih... sedih sangat.. nasib baik rumah kat melaka jek... bleh lah balik minggu... walaupun kdaan nak balik tuh sgt memenatkan tp bila pikir nak berkumpul lagi satu kuarga makan sama2... huh... tolak ke tepi lah rasa penat tuh,,, sbb fmly mar pun jrang berkumpul sgt... angah dah dok johor... mar stay hostel... yg ader kat umah pun along je.. biler berkumpul tuh terasa lah ukhuwah atr kami sekeluarga tuh rapat,mesra... hehe... best lah gitu kan...walaupun setiap kali Ramadhan mar,,, tanpa ayah...

hehe.. semoga ketemu lagi... ;>

Saturday, August 22, 2009

~ Ramadhan al-Mubarak


~selamat menyambut puasa al-mubarak... dah pose dah... gase mcm baru je epas pse kan.. dah pose balik...huhu..pastu raye. urm.. begitu pantas ms berlalu.. tp sedih...taun nih pose dapat sambut ngan family 3 hari jew... sbb tak pat cuti midsem.. cuti kene tarik.. huhu...sakit nyer ati.. ganti cuti masa kene kuarantin H1N1.. cuti tuh bkn kitowg yg nak. die yg bagi.. pastu kitowg yg tak dapat cuti midsem... hmmm...tak dapat nk pose kat umah lame2... bukan ape.. pose kat umah,,makanan sedap2 belaka.. hikhik... kalu kat kolej,,bosan lah makanan kat kafe.. dah ler mahal..belum tentu bersih.. hmm..biasa lah pose kan..mesti tekak nih nak makan mcam2.. kat kafe tuh tak de pun yg menepati selera nih... hurm...walaupun 3 hari dapat sambut pose kat umah,tp bez sbb family sume berkumpul.. 1st day pose sume2 trun padang siap kan juadah berbuka.. lagi pulak kali nih sambut ramadhan dengan kdaan ummi dapat lihat semula.. sangat bahagia.. hikhik. ptg tuh wat bubur sum2.. ummi ajar.. sekurang2 nyer kalu kawen t leh wat kat mah mak mentua.. hikhik

cakap pasal kafe... shari sebelum pose nak tau tak.. mar kene marah ngan akk kat kafe tu... hampeh betul.. malu pun ader... ish.. main point dye kuah tumpah.. mar letak kuah tuh kat atas meja tp tak ikat..mar sandar kan kat bekas dut... mungkin dr situ nmpak lah salah mar...sbb tak ikat.. tp kalu die nampak plastik tuh tak berikat,, yg pi tarik bekas duet tuh watpe ek.. mmg lah tumpah kan... guna lah mata n pkai lah otak kalu nak marah org kat pan org rmai... an3.. maluu tau..nak ngis jew masa tuh tp control ayu... hikhik...

nasib lah baik pkir esok tuh nak pose... biar lah dia nak marah2.. hehe. mungkin die tak dapat sambut pose kuut... hikhik... urmm

target ramdhan taun nih ;

1) pose penuh
2)khatam al-quran lg
3)tawarih(ipin upin) pun nak penuh

Friday, August 21, 2009

~top model... model of the year....



~model of the year... ms ni koir kat majlis konvokesyen... mse nih sebenar nye baru baik demam tau... tapi di sebabkan seseorang mar kuat kan semangat dan berusaha untuk menyembuhkan diri secepat mungkin dari demam... hikhik... terharu tak... urm.. banyak kenangan jgk.. biase lah kan... bile dah ramai2 ginie banyak lah kerenah n ragam manusia yg dapat kita lihat... tp kat sinie kerenah ragam2 mrk sumer nyer mencuit hati... hehe... 13/08/2009 tarikh bahagia buat mereka yg dah konvo.... uwaaa!! jeles diowang dah abes blaja...

mar nak konvo jgk... doakan kejayaan kiter bersama...buat student2 KUIM intake 1st 08/09... huhu...kiter konvo sesama ea..hikhik

Wednesday, August 19, 2009

kenangan kami di KUIN ~insaniah+IPTIM


~gambar nih masa kami di insaniah... ader pertandingan nasyid... wah2... nmpak sangat kelakar kan... tp kami enjoy... walaupun tak menang... huhu

yg kaler coklat tuh kami lah... warga KUIM.. hehe klakar tak.. gelak la.. kutuk lah... takpe..tak kesah pun janji mar pakai ape pun nampak comey.... kan2.. hikhik.. n jgn tak caye kitowng pakai tudung labuh... huhu


~buah hati ku... ;>

mereka bertiga nih comey tak... yg beso tuh nama die Muhammad Amin Zakirin.. 2 anak kecil tuh mesti korang ingat kembar kan.. TIDAK!!! mereka bukan kembar.. mereka sepupu..emm yg pakai baju kaler pink tuh nama die Adni Zahirah.. Yg sebelah tuh nama die Muhammad Raudhah Amin.. syg sangat kat mereka nih sbb mereka nih comey sangat2...! hehe.. can make happy.. huhu..tp tuh anak buah... hikhik

~biler la nak ader anak sendiri yew... aduss.. gatal nyeeee

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...bolehkah kau kirim wang untuk Mak?Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya.​​.​.​.​.​.​.​

Tapi kalau Mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......"

SAYANGILAH IBU ANDA SEPERTIMANA DIA MEYAYANGI ANDA

Anda Terhebat?? Hebat Sangatkah Ke Korang Ni???

Assalamualaikum W.B.R..

Alhamdulillah hari ni dapat lagi saya menghantar buletin hari ni..Jauh sekali berniat tidak baik tapi hanya ingin bersama kawan-kawan bermuhasabah diri.Jadi marilah kita menghayati kisah ringkas ini..Mudah-mudahan menjadi teladan kepada kita semua insya'Allah..

Di kesibukan sebuah kota yang terkenal dengan kehandalan di medan peperangan, terdengar hingar-bingar orang di sana sini menjaja apa sahaja yang mereka ada.

"Murah-murah...lembing ini kayunya kayu kokka, terkenal khasiat zaman berzaman, runcingnya besi tembaga, tikaman pasti ke kuburan...!!"

"Mari-mari beli ini pedang, sekali hayun terbelah dua, acapkali diguna sang badang, buat senjata memburu naga...!!"

Demikian berpantun-pantun mereka menjaja alatan senjata untuk kegunaan pemuda perajurit di medan pertempuran.Di tengah-tengah kebingitan itu, lalu seorang hamba Allah yang warak sedang memerhatikan gelagat manusia. Akhirnya terpaut hatinya pada seorang lelaki yang menjaja alatannya tadi.

"Mari-mari datang ke sini, andai terlepas pastinya rugi, hamba kembara seluruh negeri, menjaja hanya pada yang sudi."

"Di tangan kanan hamba perisai sakti, dicurah air gunung Indera puri, menahan segala yang dengki, tiada tercalar merekah apatah lagi."

"Pedang keramat di tangan kiri, disadur racun berbisa sekali, membelah sebarang sudahlah pasti, boleh mencuba kalau berani."

Pendek kata, lelaki ini mempromosikan pedangnya yang dikatakan mampu membelah apa sahaja, dan perisainya yang mampu menahan apa sahaja serangan.Terpaku orang ramai mendengar kehebatan kedua-dua senjata itu, tapi hendak memilikinya bukan kemampuan kerana harganya melampaui jangkauan, hanya yang mampu mereka yang hartawan. Ketika orang ramai masih kagum dengan kehebatan senjata itu, hamba Allah yang warak itu keluar daripada kelompok orang ramai dan tampil ke hadapan berjumpa dengan lelaki tersebut.

Dia berkata "Saudara, jika benarlah seperti yang digembar-gemburkan itu, maka cubalah belah perisai saudara dengan menggunakan pedang di tangan yang satu lagi itu." Ungkapan hamba Allah ini membuatkan lelaki ini terdiam, dan sedikit demi sedikit orang ramai meninggalkan dia yang tersentak di situ.

Moral : Jangan bermanis mulut sehingga berlebihan dalam mengkhabarkan sesuatu perkara

Tuesday, August 18, 2009

~ secret recipe


haha... amacam.. terliur tak nengok kiter makan banyak2.. urm.. jemput lah makan.. masa nih kat secret recipe kat kluang mall.. jalan2 ngan angah.. hikhik... tekak nak makan secret recipe... taste nk tggi.. tp jangan salah paha.. murah jek tuh sebenarnya... 1 set jek dlm rm15++.. mar minum 2 air tau... aduss,, yg wat tak tahan tuh kek coklat tuh.. ish,,, mmg minat gler la kat makanan2 yg berperisa coklat... hikhik... so for dis comin buzday, to all my fren.. kalu nk bg hdiah.. tak yah beli yg mahal2.. beli satu guni coklat pun dah ok... mar leh melantak sowang2... huhu...

pEraNcaNGaN kEwaNgaN IsLam

Kesedaran terhadap TAKAFUL Insuran secara Islam, atau lebih dikenali sebagai TAKAFUL merupakan suatu alternatif kepada ummat Islam khususnya untuk menyertai insuran samaada insuran hayat ataupun sebagainya. Takaful tidak terhad kepada Islam sahaja, dalam Islam, ianya terbuka kepada seluruh manusia, samaada Cina, India, Melayu dan sebagainya. Disebabkan perkhidmatan (produk-produk) yang ditawarkan oleh pengendali takaful di negara ini berlandaskan Syarak, perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka menjadi persaingan kepada insurans yang berbentuk konvensional yang telah lama beroperasi di Malaysia. Perkhidmatan takaful secara umumnya kurang mendapat sambutan dari masyarakat Islam sendiri kerana kurangnya kesedaran mereka terhadap peranan takaful didalam kehidupan dan ekonomi mereka walaupun perkhidmatan (produk-produk) yang ditawarkan oleh pengendali takaful memang berlandaskan Syarak. Urusniaga dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengendali takaful lebih mementingkan keadilan, ketelusan dan sikap tolong menolong dikalangan pesertanya didalam perlaksanaannya. Faktor-faktor lain yang menjadi penyebab kurangnya sambutan dari masyarakat ialah kurangnya pemahaman, kurang lebihan pendapatan dikalangan mereka untuk membuat sesuatu tabungan atau perbelanjaan tambahan, persaingan dan inovatif perkhidmatan (produk) dari pengendali insurans konvensional dan beberapa faktor lain. Dalam pada itu, satu kajian telah dibuat oleh Universiti Utara Malaysia mengenai kurangnya kesedaran terhadap kepentinggan Takaful. Objektif utama kajian ialah untuk mendapatkan maklumat mengapa sambutan dari masyarakat Malaysia terutamanya dan masyarakat Islam amnya masih kurang menyertai takaful ataupun tidak memilih takaful bagi keperluan insurans mereka. Hasil kajian ini mendapati bahawa insurans secara Islam kurang mendapat sambutan dari masyarakat berbanding insurans secara konvensional.Pengetahuan, persepsi dan keyakinan dari masyarakat terhadap takaful adalah masih ditahap yang rendah walaupun insurans secara Islam ini telah diketahui lebih memberikan manafaat dan pulangan yang setimpal jika dibandingkan dengan insurans konvensional

Monday, August 17, 2009

salam persahabatan~

assalamualaikum w.b.t
sahabat-sahabatku..terima kasih kerana sudi melawat ke halaman saya yang tak seberapa nih.. semoga di sini kita dapat menjalinkan suatu ukhuwah di mana ukhuwah itu biarlah berpanjangan dan biar lah ia terjalin atas ukhuwah fillah. hikhik.. sebenar nya blog sy nih baru je b'usia berapa bulan.. tu pun sbb blog nih sbhgian dari assgmnt sy.. terima kasih pada en. yuseni sbb dgn tugasan ini sy dapat satu pengalaman baru iaitu create a blog.. cewah.. nk ckp lbih2 lak.. padahal blog nih br je siap... hehe.. walaupun tak seberapa sgt lah blog sy nih mcm blog2 org lain tp cantek jgk kan.. hihi..

~mybeloved frenzzz~

~cintai ALLAH....